Wednesday, December 31, 2008

REAL PUNYER












Aku jumpa kedai makan ni kat Kamunting..sblm penjara Taiping belah kanan dkt Petronas..kedai mcm ni aku br jumpa sekali..makan murah giler..Kat Lembah Klang ni toksah mimpila nak jumpa..



Sesapa yg gi Taiping tu singgah ler..macam2 ader..satay pn rm 0.15sen jer..



Tapi aku nak komplen sket la Night Safari Zoo Taiping..Tiket mahal RM 16 adult tp tak nampak aper..bnk binatang yg habitat siang so mlm duk dlm gua jer la..bkn nak ajak boikot..tp mmg tak bebaloi..nak dtg elok dtg siang jer..







Apa dah jadi dengan Peruntukan biasiswa kepada penuntut-penuntut Melayu?

Hak-hak istimewa orang Melayu adalah dibawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Yang di-Pertuan Agung hendaklah mendengar nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, dan segala perubahan baharu berdasar hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tuesday, December 30, 2008

nak tuju kemana

hah..nak kemana tu..ikut atas ke ikut bawah..
kat negeri ni kalau belah2 ni best gak..on the way ke feringgi aku kira adela dlm 4 org melayu je yg aku nampak..
mana pgnya org melayu kat penang nih..

Friday, December 19, 2008

Harga minyak jatuh, nak lelong IJN tak dapat

Semenjak Pak Lah jadi PM:1. MV Augusta kena jual2. Avenue Capital kena jual3. Pantai Holding pun jual4. Bank Bumiputra jual juga5. IJN nyaris tak kena jual

Hari ini oil is traded below US$34 in NY Merchantile Exchange! Justeru itu Bajet Malaysia 2009 yang disandarkan kepada imbuhan daripada Petronas harus dikaji semula. Bajet tersebut menganggarkan harga minyak sekitar US$65-US$75 dan 40%-50% daripada bajet adalah daripada imbuhan Petronas (kalau tak silap ingatan saya). Persoalannya adakah Bajet 2009 ini masih realistik/relevan? Adakah kita mampu mencapai pertumbuhan ekonomi 4.5% seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan? Economist Intelligence Unit dan Macquarie Bank menganggarkan pertumbuhan ekonomi Malaysia sekadar 1.5% (Sila lihat "Operational risk: Economist Intelligence Unit downgrades Malaysia," "EIU: Malaysia politically unstable, 2009 growth at 1.5pc" dan "Economist.com Country Briefings: Malaysia" - bakaq a.k.a. ~penarik beca) . Tetapi dengan harga minyak yang merudum ini, saya rasa kita Insya Allah akan berhadapan dengan recession

BACA BETUL BETUL


Kalau dah spesis tangan gatal tu...ade je yg nak di adjust..penorama dari kisah benar dibelakang sebuah lori tangki dlm perjalanan dr kuala selangor ke shah alam..nasib baik anak aku tido..kalu tak jenuhla nak jawab..kalau dia nampak confirm di ejanya...kalu ade JPJ ke Polis pn tak prasan ni..nak saman ke tak ni ek...

Ajaran Sesat baru

Perkara yang paling sadis aku penah tengok!! Upacara berak beramai-ramai..kat mana aku pn taktau..mmg melampau..dikhuatiri penswastaan melampau yg negara kita amalkan akan menyebabkan ANDA berada didalam kelompok mcm ni..eee ngeri..nak berak pun susah..paling ngeri kumpulan bawah no 1,2,3 dari kiri..
Memula api- TNB, air JBA- Syabas,Telekom..lps ni ape lagi..JAKIM, JAIS,KPM,MARDI,FAMA dan terbaru IJN dan sebagainya..Buruk2 SAMY Vellu pun dia aku tabikla pasal dia tak setuju penswastaan IJN..aku rasa gambar atas tu negara diorg buat penswataan jamban la kot!!
ape2 pun DALANGnya pasti ada...rasa2 boleh baula..sbb IJN bwh kewangan..hehehhe silap2 tulis bahaya..saksi mahkamah pun boleh hilang beb..